Wednesday, 25 April 2012

Digital camera dengan pelbagai editing software

Gambar pertama yang saya edit secara total. Ternyata ianya berkenan di hati. Bermula dari sini, hampir semua gambar-gambar saya diedit secara begini, HDR dengan olahan terakhir di Photoshop cs5, tapi untuk mendapatkan hasil editing sebegiini sememangnya kena punya pengetahuan asas dalam photoshop, sememangnya amat rumit. Tapi dengan bantuan beberapa rakan Facebook dan youtube, saya mula menguasai teknik asasnya. Tapi belum mampu menguasai sepenuhnya.


Kg serusop .Tuaran

               Pagoda Tuarn, Terletak betul-betul di Pekan Tuaran



Teratai dgn refleksi

Linangkit Cultural Village. Kg. Selupoh. Tuaran....kira-kira 10 minit dari pekan Tuaran, melalui jalan Tuaran-Kota Belud
Pemandangan biasa di awal pagi di salah satu perkampungan di daerah Tuaran
Sunrise dengan bersaksikan Gunung Kinabalu

Monday, 23 April 2012

Mengenali kamera anda

 saya cuba mengenali kamera saya secara begini
shutter bertugas mengatur berapa lama cahaya akan mengenai sensor (atau film pada kamera analog), dinyatakan dalam satuan detik. Semakin singkat kecepatan shutter maka semakin sedikit cahaya yang masuk, dan demikian pula sebaliknya. Biasanya kamera memiliki kecepatan shutter mulai dari 30 detik hingga 1/4000 per second

  • aperture memiliki tugas mengatur banyak sedikitnya cahaya yang masuk ke lensa (dengan memperbesar atau memperkecil ukuran difragma), dinyatakan dalam f-number berupa skala pecahan mulai yang terbesar hingga terkecil (contoh : f/2.8, f/3.5, f/8 dsb). Nilai f-number kecil menandakan bukaan diafragma besar, sedang nilai f besar menunjukkan bukaan diafragma kecil. Nilai maksimum dan minimum dari diafragma suatu kamera ditentukan dari lensanya, dan nilai ini akan berubah seiring dengan perubahan jarak fokal lensa.
  • ISO menentukan tingkat sensitivitas sensor terhadap cahaya sehingga semakin tinggi nilai ISO maka sensor akan semakin peka terhadap cahaya meski dengan resiko meningkatnya noisepada foto. Faktor ISO ini menjadi pelengkap komponen eksposure selain shutter dan aperture, terutama saat kombinasi shutter dan aperture belum berhasil mendapatkan nilai eksposure yang tepat.

Era filem Kodak

Antara gambar saya di era filem. Memang agak sukar pada ketika itu, kerana serba-serbinya manual.  Anda kena belajar sendiri,  malangnya tidak ramai kenalan tempat untuk belajar atau tempat untuk bertanya.  Berbeza dengan era ini, dengan kemesraan Facebook anda mampu mempelajarinya dengan begitu pantas sekali, daripada rakan-rakan fb yang sehobi dengan anda. Ditambah-tambah lagi  lagi dengan kecanggihan kamera itu sendiri.

Seperkara yang sering menjadi ingatan saya sehingalah sekarang adalah daripada beratus keping fiem yang dibeli, hanya beberapa kerat yang jadi.  Selebihnya overexposed dan underexposed.  Saya sendiri terpaksa menulis manual kamera setting diatas sekeping kertas kecil lalu menampalnya di kamera sebagai panduan.  Ketika itu saya berseorangan, hanya belajar melalui majalah2 photography yang terpaksa dibeli sebulan sekali.

Sunday, 22 April 2012

Kinabalu oh Kinabalu

Kinabalu sering jadi fokus utama dalam pengambilan gambar saya. orang2 kamera cakap, point of interest. Untuk sekian lama terhenti mengambil gambar. Menjadi satu kepuasan buat saya kerana dapat merakam suasana ini dengan berlatarkan kinabalu dengan begitu jelas sekali, kerana bukannya mudah untuk kinabalu turut serta dalam setiap gambar kita. Hehe maksud saya, bergantung dengan keadaan cuaca.

Saturday, 21 April 2012

Sinsuron Tambunan, siapa tak kenal ni tempat. Cantik dari pandangan atas. Kebanyakkan penduduknya adalah dari  suku kaum Dusun.

Tamu Tamparuli







Tak nampak pekan Tamparuli nya, tapi saya betul-betul berada di jambatan Tamparuli ketika ini, di bawah tu berlangsungnya tamu ari tiga Tamparuli.
Nah, ni bunga lah saya inda tau apa nama dia, tiba-tiba saja menjelma depan lens, ...


Sebuah perkampungan nelayan di daerah Tuaran, kg Gayang yang sememangnya begitu sinonim dengan jambatannya, yang menjadi tumpuan pemburu-pemburu sunset . Jika anda berkesempatan untuk berada di jambatan ini, anda pasti akan meihat perkampungan ini, dan jika anda bernasib baik, anda juga akan melihat Gunung Kinabalu dengan begitu jelas sekali dari atas jambatannya.
Antara kesukaan saya ketika mengambil gambar landskap,..paya dan "lupak2", sanggup berlumpur dan sanggup diratah nyamuk.

Thursday, 19 April 2012

Apin-Apin tanpa diedit
Berada di puncak anak bukit ini menjadikan mata menjadi segar semula setelah hampir 2jam lebih memandu dari Tuaran,  kerana pasti sedikit masa lagi akan berada di rumah . 

Kawasan ini sememanganya amat subur dgn hasilan padinya, sungguh indah seperti hamparan ambal yang tidak ada penghujungnya.

Mula belajar Mengedit gambar

Apin-apin
di sini saya mula mengenali photoshop, hasil bimbingan dari rakan2 FB, jg kebaikan seorang kawan yg mungkin harus sy sebut namanya di sini @ Jen Jojo, yg bersusah payah mendownloadkan cs5 untuk saya, maka bermula di saat inilah, saya mula mengadunkan gambar2 saya dengan photoshop....mungkin sdikit ganjil gambar ini, maklumlah, inilah gambar pertama saya ,yang saya edit dengan photoshop cs5..hehe. Tentu saja bnyak yg tak kena......

Lok Batik, Tuaran.

Pandangan di sebuah kampung yg bernama Lok Batik, Tuaran. Sebuah kawasan tasik yang luas yang berentangkan jeti kayu sebagai laluan utama untuk keseberang.  Gambar ini diambil, selepas beberapa hari saya mendapat kamera baru, jadi sudah tentu rasa teruja itu begitu kuat menguasai diri. Terlebih-lebih lagi, setelah sekian lama terhenti mengambil gambar, gara-gara kamera slr saya rosak setelah terembun di puncak kinabalu, ternyata DSLR ini begitu mudah digunakan, maka tak hairanlah, ramai orang mula mahu memilikinya. Beli hari ini, esok dah "campen".

Tuaran

 



Sawah padi dengan lambaian pohon nyiur terlalu sempurna untuk gandingan Kinabalu. Pandangan ini begitu sebati di pagi hari di daerah Tuaran.

Wednesday, 18 April 2012

Rancak mengambil gambar kunun....


Kinabalu dari Kg Selaud Tuaran


Pandangan ini akan sering dapat dilihat di awal pagi. Jalan Tuaran-KK


Sungai Tuaran dng berlatarkan Kinabalu


Kg. Pendamai. Tuaran


Kayu Madang , Telipok






Antara kelompok pertama gambar yang membawaku terus bertekad untuk kekal dalam hobi ini.. Terletak di kayu Madang, Telipok, sekali imbas kawasan ini sememangnya tidak ada serinya, hanya terdapat beberapa tunggul kayu, pohon-pohon mati. sementara di kawasan sekitarnya pula pesat dibangunkan iaitu KKIP. Seperti padang jarak padang terkukur rupanya selepas begitu hebat diratakan, yg mana dahulunya adalah kawasan hutan

Nambayan, Tambunan




teresan sawah padi ini hanya ujud dan menjadi amalan para pesawah di daerah Tambunan.
Satu suasana yang sememangnya amat damai, ketika kabus dingin masih merayap di celahan anak padi, aku lantas merentap kameraku dan merakam detik ini. Satu pandangan yang lumrah di perkampungan ini, Kg kituntul, Tambunan yang diertikan sebagai kampung yang ada siput.

Kayu Madang, Telipok

photo ini sering mengingatkan saya betapa indahnya bumi Sabah  dan dari keberhasilan saya memotret moment ini , ramai yang memberi respon yang begitu baik melalui akaun Facebook saya. Photo ini juga mendapat award sebagai di antara photo yang begitu disukai ramai di sebuah laman web luar negara , www.pixoto.com  . semua ini https://www.facebook.com/miaw2368 juga membuatkan  sebuah pages di Facebook cuba mengangkat photo ini sebagai milik mutlak mereka, dan sudah tentulah ianya mencetuskan rasa marah saya dan begitu juga di kalangan rakan photogs lain FB.  Bermula dari situ, saya mula tertanya ..kenapa tidak saya kongsikan keindahan bumi Sabah ini melalui blog saya sendiri. Maka bermula saat inilah, ujudlah blog ini yang memudahkan saya mengongsikan setiap keindahan bumi Sabah ini dari lensa kamera saya.