Saya bukan photographer tapi teramat-amat menyukai photography, blog ni saja-saja untuk saya kongsikan setiap gambar yang pernah saya ambil di sepanjang saya mengenali kamera, dari kamera SLR yg menggunakan filem hinggalah ke era DSLR.
Thursday, 19 April 2012
Lok Batik, Tuaran.
Pandangan di sebuah kampung yg bernama Lok Batik, Tuaran. Sebuah kawasan tasik yang luas yang berentangkan jeti kayu sebagai laluan utama untuk keseberang. Gambar ini diambil, selepas beberapa hari saya mendapat kamera baru, jadi sudah tentu rasa teruja itu begitu kuat menguasai diri. Terlebih-lebih lagi, setelah sekian lama terhenti mengambil gambar, gara-gara kamera slr saya rosak setelah terembun di puncak kinabalu, ternyata DSLR ini begitu mudah digunakan, maka tak hairanlah, ramai orang mula mahu memilikinya. Beli hari ini, esok dah "campen".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment