Monday, 23 April 2012

Era filem Kodak

Antara gambar saya di era filem. Memang agak sukar pada ketika itu, kerana serba-serbinya manual.  Anda kena belajar sendiri,  malangnya tidak ramai kenalan tempat untuk belajar atau tempat untuk bertanya.  Berbeza dengan era ini, dengan kemesraan Facebook anda mampu mempelajarinya dengan begitu pantas sekali, daripada rakan-rakan fb yang sehobi dengan anda. Ditambah-tambah lagi  lagi dengan kecanggihan kamera itu sendiri.

Seperkara yang sering menjadi ingatan saya sehingalah sekarang adalah daripada beratus keping fiem yang dibeli, hanya beberapa kerat yang jadi.  Selebihnya overexposed dan underexposed.  Saya sendiri terpaksa menulis manual kamera setting diatas sekeping kertas kecil lalu menampalnya di kamera sebagai panduan.  Ketika itu saya berseorangan, hanya belajar melalui majalah2 photography yang terpaksa dibeli sebulan sekali.

No comments:

Post a Comment